Sari
Berita baik dan melegakan untuk ibubapa yg ader anak bersekolah macam teman ni...rasanya smua ibubapa tau pasal bantuan RM100 ni yg diumumkan pd bajet aritu...jadinya semalam TPM dah umumkan bayaran bantuan tu akan dibayar serta merta dalam akaun sekolah anak2 kita...

Bantuan ni akan disalurkan kepada pelajar sesi 2011 Tahun Satu hingga Tahun Lima bagi sekolah rendah dan Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat bagi sekolah menengah...untuk pelajar Tahun Satu dan Tingkatan Satu sesi 2012, bayaran akan dibuat pada bulan Januari tahun depan sebab nak pastikan pelajar terbabit dah mendaftar di sekolah memasing...

Pembayaran dibuat melalui akaun BSN sekolah...kalo sekolah tu xder akaun BSN, bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun sementara sekolah...nanti pihak sekolah yang akan agih-agihkan bantuan tu pada ibubapa atau pelajar...

Lebih 5 juta pelajar akan menikmati bantuan tersebut yang merangkumi sekolah kebangsaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah agama rakyat, sekolah agama negeri, sekolah persendirian, MRSM dan MTD..
Untuk makluman, semua pelajar adalah layak dapat bantuan RM100 tanpa mengira latar belakang keluarga...

Pada teman, bagus sesangat la bayaran dibuat kepada sekolah...bukan apa, kalo di masukkan ke dalam akaun ibubapa takut terguna plak...takut terpakai untuk beli barang kelengkapan sekolah yg lain macam uniform sekolah, kasut sekolah dan alat tulis...at least mak bapak kurang la beban nak pikio pasal duit buku tulis atau buku kerja kan..*suke*

Okeh ibu ibu bapak bapak...sila semak dengan sekolah anak2 ekkk

Sumber: KOSMO
Labels: | edit post
0 Responses

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin,dah baca boleh la komen, cakpung cakpung