Sari
Saya pernah baca artikel pasal kopi dan cawan ni kat internet..x ingat bila..alangkah bagusnya klau saya dpt copy paste kan artikel tu supaya lebih tepat dan lengkap..anyway menda ni came accross again bila nmpk video yg disharekan di facebook..timakasih pada yg kongsikan kembali citer ni..

Diringkaskan seorg profesor suruh pelajar2nya minum kopi..student2 tu pun pegi la amik cawan utk minum kopi tu, ader yg amik cawan plastik, cawan kaca, cawan kristal dan mcm2 jenis cawan lagi la..akhirnya semua minum kopi yg sama dengan cawan yg berbeza..so apa moral dari kisah ni?

Moralnya kita ni selalu berlumba-lumba dan sibuk dengan sesuatu yg bersifat kosmetik dan luaran. Sering kita fikir itulah kebahagiaan sedangkan semua itu adalah kepuasan fatamorgana yg sementara. Pernahkah kita fikir kopi itu tetap pahit walapun kita minum dengan cawan emas sekalipun. Kita sebenarnya cuma membayangkan yg konon2 klau minum dgn cawan yg cantik dan mahal mungkin kopi tu akan jadi lebih sedap dan ada kelas.

Itulah pandangan kita tentang kehidupan. Terlalu memikirkan apa kuantiti yg perlu dipenuhi hingga terlepas pandang kepada kualiti hidup sedia ada dan selepasnya..selalu fikir apa orang kata..nak selalu orang fikir apa yang kita ada..rasa bangga bila kita ada apa yang orang lain takda..tapi dalam hati kita macam mana?

Moga ada sedikit perubahan dalam cara kita berfikir dan menilai hidup ini...insyaAllah
Labels: | edit post
2 Responses
  1. salam K.Sari,
    susah hidup kita ni kalau asyik nak dengar dan ikut cakap org. Lebih baik ikut suruhan Allah dan perkara2 yg lain tu dah jd tak penting sgt.


  2. Sari Says:

    salam nur,
    kita ni kena slalu diingatkan baru la nak tersedar..hrp2 kita sntiasa dilindungi olehNya, aminn


Post a Comment

pecah kaca pecah cermin,dah baca boleh la komen, cakpung cakpung