Sari
Malam tadi adalah malam penentuan siapakah juara AQ musim ke 4, majlis berlangsung di PICC, Putrajaya dan disiarkan secara langsung oleh TV9. Memang x sabar nak nengok adik2 ni mengalunkan ayat2 suci. Rasanya ramai yang dah tau juaranya iaitu saudara Ahmad Tirmizi b. Haji Ali

ini biodatanya, kredit kepada nurizspace.

Naib juaranya pulak mmg selalu kita tengok muka dia, kira familiar la iatu adik yang pemalu Muhammad b Ahmad Zaid

ini biodatanya, kredit kepada nurizspace.

Tempat ke 3 adalah adik kepada Ahmad Tirmizi iaitu saudara Yahya b. Haji Ali

ini biodatanya, kredit kepada nurizspace.

Tempat ke 4 jatuh kepada saudara Husni b. Ali Hassan

ni biodatanya, kredit kepada nurizspace.

Pada yg tengok siaran langung ni mlm tadi pasti kagum dgn kebolehan ke empat-empat mereka ni, kiranya bukan calang2 orang la, semuanya boleh menguasai tajwid, tarannum, qiraat dan tafsir dgn begitu cemerlang sekali, terasa bertuah sungguh ibubapa diaorg dapat anak2 yang begitu rupa, sejuk perut ibu mengandung weh..tetiba plak teringat kat anak lelaki saya yg sorang itu..
Bila tengok pulak hadiahnya yang x segah rancangan realiti tv yg lain, rasa sedih juga..walaupun stesen tv ni dinaungi oleh konglomerat yg berpengaruh tapi rancangan ni mcm dipandang sebelah mata jer, walhal anak2 muda ni la bakal pewaris ulama2 yg sediada..kalau rancangan realiti yg lain dpt RM50 ribu, RM100 ribu, hatta sejuta pun ader, kereta, rumah, barang kemas dan macam2 lagi tapi AQ ni juara pun dapat RM30 ribu jer, campur pakej umrah n piala sampingan..memang sungguh rasa tak adil walaupun rasanya bukan ganjaran yg diharapkan oleh peserta2 ni, tapi itulah realiti yg sebenar, betapa sukar menegakkan ayat2 Allah di hati umat manusia yg masih leka dan terbuai dengan permainan dunia.
Apapun tahniah kepada semua yg terlibat dalam penganjuran AQ ini..moga diteruskan dan marilah kita sama2 memberi sokongan padu dan jitu serta ikhlaskanlah hati menerima peringatan dari mereka2 yang masih mengingati..

Labels: | edit post
2 Responses
  1. salam,
    sy tengok skjp AQ smlm. Tak sangka dah masuk musim ke 4. betul cakap K.Sari, kenapa rancangan realiti mcm ni tak dpt penaja yg hebat2. Kalau bab2 menyanyi dan maksiat2 yg lain tu hadiah2 cukup lumayan.


  2. Sari Says:

    salam nur, mmg frust tgok menda2 ni jadi, xkan la xder yg ble mainkan peranankan?


Post a Comment

pecah kaca pecah cermin,dah baca boleh la komen, cakpung cakpung