Sari



Aku minta KEKAYAAN agar aku bahagia

Namun Ia memberi KEKURANGAN agar aku bijaksana

Aku minta KUASA agar aku dipuja sesama

Namun Ia memberi KELEMAHAN agar aku bergantung padaNya

Aku minta SEGALA SESUATU agar aku MENIKMATI KEHIDUPAN

Namun Ia memberi KEHIDUPAN agar aku MENIKMATI SEGALA SESUATU

Aku minta KESIHATAN agar aku MENGERJAKAN YANG LEBIH BESAR

Namun Ia memberi ANUGERAH agar aku
MENGERJAKAN YANG LEBIH BAIK

AKU TAK SELALU MEMPEROLEH APA YANG AKU MINTA

NAMUN DOAKU SELALU TERJAWAB


Amin...Ya Rabbal A'lamin...
Sari
Seronok jugak layan gambor2 ni...
















Ajernya macam2kan....hehe

Sari
Ada Giveaway dari Tote Boutique As..
Sebelum ni nak masuk giveaway dari As tapi dah tutup plak, so kali ni xnak miss lagi..

Bila tengok jer beg yg ala-ala "English style" ni rasa berkenan la..
Memang cute n so simple but stylish tapi kalau ader unsur-unsur liplap skit (skit jer) macam labuci ker kristal ker kat reben merah tu baru ler sesuai kot dengan namanya PERMATA HATI..betui x Cik As? Hehe..ni cadangannya jer tau...Jangan marah yer..

Harap- harap dapat sangkut kat bahuku ini...

Inilah dia barangnya...





SIAPA YANG BOLEH MENYERTAI?

SEMUA ORANG (tapi yg ada blog sebab saya nak mereka buat entry kat BLOG masing2) .. . Tak perlu jadi follower .. cuma perlu buat komen di sini dan buat Posting di BLOG masing. Beritahu Link anda.

RAMAI YANG COFUSE LAKS .. SOWIIII

1. Beri komen tentang bag nih .. cute ker, tak cute ker, ribbon tak sesuai ke & macam2 lagi
2. lepas tu buat enrty dan ruar2kan tentang giveaway nih
3. beritahu saya link anda tentang Giveaway ini
4. pemilihan RANDOM ORG lah kan .. macam biasa


Jom la kawan-kawan join cepat...!!!

Sari
Saya tengok ramai yang join, so nak join gak ler...

KedaiGambar Kami Give Away(July 2009)


Mudah je...tak perlu buat entry khas, tak perlu upload gambar,tak perlu buat slogan,tak perlu buat karangan/esei,tak perlu jadi follower (tapi kalau nak jadi follower boleh jugeeee...ngeee)
KedaiGambarKami mengadakan Give Away bagi bulan Julai 2009.Cara-caranya:

1.Peserta hendaklah dari kalangan blogger sahaja.
2.Copy logo KedaiGambarKami Give Away di atas dan letakkan pada side bar blog anda.
3.Linkkan blog KedaiGambarKami pada bloglist/link list anda.
4.Tinggalkan komen dengan pada entry ini.Kami akan ke blog anda untuk menyemak samada anda cukup syarat atau tidak.
5.Pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah, cuma ada seorang pemenang.Hadiah akan diumumkan kemudian.
6. Tarikh tutup ialah pada 31 Julai 2009. Pemenang akan diumum pada tarikh yang akan ditetapkan nanti.

Sari
Ini adalah maklumat yang boleh kita kongsi sesama...
Berhati-hati yer semua...









Tak nampak perbezaannya, rite.. Memang sukar utk mencari perbezaannya. These ppl are very good at their job copying the original site.

The only difference is to refer to the address bar. The web address should refer to the bank’s address dan juga sila pastikan tanda icon kunci(mangga) ada pada site itu coz itu confirm that it is a secured site and not a fake site.

Sila berjaga jaga ya coz once they have ur id and password, penat-penat duit dan simpanan yg diusaha boleh hilang sekelip mata.


Sari

Moh kita senyum sesama
































jangan mencuri la ye




alamak...kne bayar tol la Laughing



okay, nanti kita sambung lagi yer...

Sari
Salam semua.. jom kita layannn























Comel2kan....
Sari
Jika anda fikir anda susah.. fikirkan kembali...












Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.
Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai.......

Janganlah menjadi begitu pahit..
sehingga orang meludahmu..
Dan janganlah pula berlaku
terlampau manis, sehingga
mereka menelan dirimu
begitu saja...

Renung-renungkan bersama....
Sari
Jom kita panjang2kan award nie...



syarat2 utk terima award ini:

1) Sila copy paste award ini di blog anda

  • done

  • 2) Sila copy paste award ini di side bar blog anda
  • done

3) Passkan award ini kepada 5 rakan anda

&ita online store

lin

miracela

mama aqilah

mama tisya


Tahniah Semua!!!!!!!!

Sari

Salam semua... lama gak tak update blog... Apapun, meh kita baca cerita lagi...bukan apa kita ni kena selalu diingatkan baru la macam sedar sikit (ini untuk diri sendiri gak, heheh)

Paku Di Tiang

Beberapa ketika yang silam, ada seorang ikhwah yang mempunyai seorang anak lelaki bernama Mat. Mat membesar menjadi seorang yang lalai menunaikan suruhan agama. Meskipun telah berbuih ajakan dan nasihat, suruhan dan perintah dari ayahnya agar Mat bersembahyang, puasa dan lain-lain amal kebajikan, dia tetap meninggalkannya.

Sebaliknya amal kejahatan pula yang menjadi kebiasaannya. Kaki judi, kaki botol, dan seribu satu macam jenis kaki lagi menjadi kemegahannya. Suatu hari ikhwah tadi memanggil anaknya dan berkata, “Mat, kau ni terlalu sangat lalai dan berbuat kemungkaran. Mulai hari ini aku akan pacakkan satu tiang di tengah halaman rumah kita.

Setiap kali kau berbuat satu kejahatan, maka aku akan benamkan satu paku ke tiang ini. Dan setiap kali kau berbuat satu kebajikan, sebatang paku akan kucabut keluar dari tiang ini.” Bapanya berbuat sepertimana yang dia janjikan, dan setiap hari dia akan memukul beberapa batang paku ke tiang tersebut

Kadang-kadang sampai berpuluh paku dalam satu hari. Jarang-jarang benar dia mencabut keluar paku dari tiang. Hari bersilih ganti, beberapa purnama berlalu, dari musim rebut tengkujuh berganti kemarau panjang. Tahun demi tahun beredar lepas. Tiang yang berdiri megah di halaman kini telah hampir dipenuhi dengan tusukan paku-paku dari bawah sampai ke atas. Hampir setiap permukaan tiang itu dipenuhi dengan paku-paku. Ada yang berkarat lepat dek kerana hujan dan panas.

Setelah melihat keadaan tiang yang bersusukan dengan paku-paku yang menjijikkan pandangan mata, timbullah rasa malu dan keinsafan dalam diri Mat kerana selama ini bergelumang dalam dosa dan noda. Maka dia pun berazamlah untuk memperbaiki dirinya. Mulai detik itu, Mat mula sembahyang. Hari itu saja lima butir paku dicabut ayahnya dari tiang.

Besoknya sembahyang lagi ditambah dengan sunat-sunatnya. Lebih banyak lagi paku tercabut. Hari berikutnya Mat tinggalkan sisa-sisa maksiat yang melekat. Maka semakin banyaklah tercabut paku-paku tadi. Hari demi hari,semakin banyak kebaikan yang Mat lakukan dan semakin banyak maksiat yang ditinggal, hingga akhirnya hanya tinggal sebatang paku yang tinggal melekat di tiang.

Maka ayahnyapun memanggillah anaknya dan berkata: “Lihatlah anakku, ini paku terakhir, dan akan aku cabutkannya keluar sekarang. Tidakkah kamu gembira?” Mat merenung pada tiang tersebut, tapi disebalik melahirkan rasa gembira sebagai yang disangkakan oleh ayahnya, dia mula menangis teresak-esak. “Kenapa anakku?” tanya ayahnya, “aku menyangkakan tentunya kau gembira kerana semua paku-paku tadi telah tiada.” Dalam nada yang sayu Mat mengeluh, “Wahai ayahku, sungguh benar katamu, paku-paku itu telah tiada, tapi aku bersedih kerana parut- parut lubang dari paku itu tetap kekal di tiang, bersama dengan karatnya.”

Dari itu, bilamana kita menyedari diri ini melakukan suatu kemungkaran, ataupun sedang diambang pintu habit yang buruk, maka berhentilah serta-merta. Kerana setiap kali kita bergelimang dalam kemungkaran, maka kita telah membenamkan sebilah paku lagi yang akan meninggalkan parut pada jiwa kita, meskipun paku itu kita cabut kemudiannya. Apatah lagi kalau kita biarkan ianya berkarat dalam diri ini sebelum dicabut. Lebih-lebih lagilah kalau dibiarkan berkarat dan tak dicabut.

Aduh!!! banyak ke dah paku aku ni????HUHUHU...Wallahualam

Sari

Kita jumpa lagi..Hari ibu dah lepas tapi kenapa kita suka dengar cerita pasal ibu @ mak kita?
Sebabnya ibu tu istimewa kan..jadi apa kata kita baca kisah ni pulak..

Kerak Nasi Untuk Emak

Ini ada cerita dari seorang kawan. Cerita betul yang menyayat hati….

Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya ,ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti. Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari. Aku minta untuk membantu ,”Tak payah” katanya “Biar mak yang buat nanti lain rasanya”. Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang baru nak merayakan Aidilfitri bersamanya.

Aku tahu disudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya..tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya. Terhinjut-hinjut mak kesana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng. Bukan main khusyuk dan bersungguh cuba menyediakan juadah yang semampunya.

Bila semuanya dah sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng mak untuk abang- dan kakak yang tiba dengan anak-anak mereka. Semuanya pakat menjamu selera..memang berselera semua sukakan nasi goreng mak..mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya..Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku…” ahhh mak belum makan apa-apa semenjak
pagi kerana sibuk sediakan nasi tu”…seraya tu abang ku bertanya ’siapa tak makan lagi nasi ni’. Aku menjawab ‘ mak belum makan apa lagi tu’ Mak dengan bersungguh menjawab ” Ehh mak tak mau…tak lalulah nasi goreng, nak makan roti je sat lagi’…dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kataku dalam hati.” Oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit diabetisnya” ..

Bila semua dah pulang..aku lihat mak terhinjut-hinjut ke dapur..lantas aku tanya ‘mak nak apa..nak ambilkan.’.’ takpa nak rasa ni sikit’. Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku..bila kulihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan. Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya. ..zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang. Aku benar-benar kalah dengan apa yang aku saksikan..

YA RABB, Engkau peliharalah Ibu, ampunilah dosanya, Berilah kekuatan pada anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga.

AMIN….


Sari
Salam semua..ni ader kisah yang lain plak...Jom sama-sama kita renungkan sejenak

Siti adalah seorang yang miskin. suaminya sedang sakit dan sudah berbulan-bulan tidak dapat bekerja. dia memiliki tujuh orang anak kecil yang sedang kelaparan di rumah. Suatu hari Siti pergi ke sebuah supermarket Parkson Ria dengan bajunya yang compang-camping. Dengan teragak-agak dia memohon agar dibolehkan berhutang.

Encik Kamal, si pemilik supermarket mengusirnya keluar. Sambil terus menggambarkan situasi keluarganya, si ibuterus merayu.

“Tolonglah, encik. Saya janji akan segera membayar hutang tersebut setelah mendapat wang.”

Encik Kamal tetap tidak mengabulkan permohonan tersebut. alasan yang diberinya, “Kalau nak berhutang, awak perlu sekurang-kurangnya mempunyai kad kredit.”

Di kaunter pembayaran, ada seorang pelanggan lain bernama Nurhaliza, seorang gadis ayu yang dari awal mendengar dialog tersebut. Dia mendekati keduanya dan berkata: “Tak apalah, Encik Kamal. biar saya saja yang bayar untuknya.”

Kerana malu, si pemilik kedai akhirnya berkata, “Eh, takpelah, cik. Ini hal kecil aje. Kasihan juga saya tengok makcik ini.”

Sambil berfikir sejenak, Encik Kamal akhirnya berkata, “Beginilah, makcik. Tuliskan senarai barang keperluan yang makcik perlu dalam kertas ini dan timbangkan beratnya. Saya akan memberikan potongan harga secara percuma mengikut berat kertas itu.” katanya sambil tersenyum di dalam hati. sekurang-kurangnya tidaklah dia dianggap sebagai seorang yang tamak oleh gadis itu.

Dengan ragu-ragu dan hampir putus asa dengan tawaran tersebut, Siti menundukkan kepalanya sebentar sambil menulis sesuatu di atas kertas. setelah kertas tersebut diletakkan ke dalam timbangan, mata si pemilik kedai bagai terbeliak melihat jarum timbangan bergerak jatuh ke bawah secara mendadak. dia menatap pelanggan yang ingin menolong tadi sambil berbisik, “Benarkah apa yang aku lihat?”

Si pelanggan yang baik hati itu hanya tersenyum.

Semasa Siti mengambil barang-barang yang diperlukannya, Encik Kamal diam-diam mengalihkan kertas tersebut ke sisi timbangan yang lain. tetapi jarum timbangan masih jatuh ke bawah seolah-olah diletakkan guni pasir. Setelah siti mendapatkan semua barang-barang yang diperlukannya, Encik Kamal terus mengangkat barang-barang tersebut ke atas timbangan, sehingga tidak muat lagi tetapi masih tidak mampu menimbangi berat kertas tersebut.

Walaupun berasa aneh dengan fenomena itu, Encik Kamal tidak dapat berbuat apa-apa kerana perkara itu berlaku di luar jangkaannya. Setelah mengucapkan terima kasih, Siti beredar pulang ke rumah dengan hati gembira, sambil mengendong barang-barang yang diperolehnya. Suami dan anak-anaknya sedang setia menanti di rumah.

Setelah Siti hilang dari pandangan, si pemilik kedai diam-diam membelek kertas di atas timbangan tersebut. Tertulis sebuah doa pendek: “Tuhan, hanya Engkau Maha Mengetahui apa yang hambaMu perlukan. Hamba menyerahkan segalanya ke dalam tanganMu.”

Apabila diteliti, akhirnya Encik Kamal mendapati timbangan yang dipakai tersebut ternyata rosak. Dia menyesal dan malu dengan keangkuhan dirinya sendiri.

Pengajaran: Hanya Tuhan yang Maha Memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Berdoalah kepada TuhanMu yang Maha Pengasih, nescaya akan dikabulkanNya. Kekuatan sebuah doa terletak pada keyakinan dan penyerahan kita pada pertolongan Allah.